Adalah lebih mudah untuk menulis suatu nombor yang sangat/terlalu besar atau nombor yang sangat/terlalu kecil dalam bentuk piawai (standard form) atau tatatanda saintifik (scientific notation).
Nombor yang diungkap dalam bentuk piawai adalah ditulis sebagai A x 10n, di mana 1 ≤ A < 10 dan n ialah integer positif atau negatif.
Mengungkapkan nombor positif dalam bentuk piawai
Nombor positif yang lebih besar daripada, atau sama dengan 10, boleh ditulis dalam bentuk piawai A x 10n, di mana 1 ≤ A < 10 dan n adalah integer positif, iaitu n = 1, 2, 3, ...
Contoh i:
Nombor positif yang kurang daripada 1, boleh ditulis dalam bentuk piawai A x 10n, di mana 1 ≤ A < 10 dan n ialah integer negatif, iaitu n = ..., -3, -2, -1.
Contoh ii:
Contoh 1:
Tulis nombor-nombor berikut dalam bentuk piawai.
Contoh 2:
Tulis nombor-nombor berikut dalam bentuk piawai.
Menukar nombor dalam bentuk piawai kepada nombor tunggal (single number)
Nombor dalam bentuk piawai, iaitu A x 10n boleh ditukar kepada nombor tunggal (single number) dengan menggerakkan titik perpuluhan pada A.
Contoh 3:
Ungkapkan bentuk piawai berikut kepada nombor tunggal (single number).
Pengiraan nombor dalam bentuk piawai
Dua nombor dalam bentuk piawai boleh ditambah atau ditolakkan jika kedua-dua nombor mempunyai indeks yang sama.
Contoh 4:
Cari nilai yang berikut, dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.
Dua nombor dalam bentuk piawai yang mempunyai indeks yang berbeza hanya boleh ditambah atau ditolak jika indeks yang berbeza tersebut dijadikan sama.
Contoh 5:
Cari nilai yang berikut, dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.
Apabila dua nombor dalam bentuk piawai didarab atau dibahagi, nombor-nombor biasa akan didarab atau dibahagi diantara satu sama lain, manakala indeks mereka pula akan ditambah atau ditolak.
Contoh 6:
Cari nilai yang berikut, dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.
Kira (7.2 x 60 000) ÷ (9 x 107), dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.
Jwb:
Tukarkan mana-mana nombor yang diberi kepada bentuk piawai sebagai langkah pertama.
= (7.2 x 6 x 104) ÷ (9 x 107)
Asingkan dan susun semula nombor-nombor biasa dalam satu kumpulan, manakala nombor-nombor indeks dalam kumpulan lain.
= ((7.2 x 6) ÷ 9) x {104 ÷ 107)
* 10m ÷ 10n = 10m-n
= 4.8 x 104-7
= 4.8 x 10-3
Nombor positif yang lebih besar daripada, atau sama dengan 10, boleh ditulis dalam bentuk piawai A x 10n, di mana 1 ≤ A < 10 dan n adalah integer positif, iaitu n = 1, 2, 3, ...
Contoh i:
- 90 = 9 x 10
- 9 803 000 = 9.803 x 106
* Nilai n adalah sama dengan bilangan tempat titik perpuluhan yang digerakkan ke kiri.
Contoh ii:
- 0.563 = 5.63 x 10-1
- 0.00709 = 7.09 x 10-3
** Nilai n adalah sama dengan bilangan tempat titik perpuluhan yang digerakkan ke kanan.
Contoh 1:
Tulis nombor-nombor berikut dalam bentuk piawai.
- 8383
Jwb:
8383 = 8383.0 → [gerakkan titik perpuluhan 3 tempat ke kiri]
= 8.383 x 103
- 31 584
Jwb:
31 584 = 31 584.0 → [gerakkan titik perpuluhan 4 tempat ke kiri]
= 3.1584 x 104
- 240 000
Jwb:
240 000 = 240 000.0 → [gerakkan titik perpuluhan 5 tempat ke kiri]
= 2.4 x 105
Tulis nombor-nombor berikut dalam bentuk piawai.
- 0.9233
Jwb:
0.9233 → [gerakkan titik perpuluhan 1 tempat ke kanan]
= 9.233 x 10-1
- 0.0463
Jwb:
0.0463 → [gerakkan titik perpuluhan 2 tempat ke kanan]
= 4.63 x 10-2
- 0.0005452
Jwb:
0.0005452 → [gerakkan titik perpuluhan 4 tempat ke kanan]
= 5.452 x 10-4
Menukar nombor dalam bentuk piawai kepada nombor tunggal (single number)
Nombor dalam bentuk piawai, iaitu A x 10n boleh ditukar kepada nombor tunggal (single number) dengan menggerakkan titik perpuluhan pada A.
- n ditempatkan ke kanan jika n adalah positif.
- n ditempatkan ke kiri jika n adalah negatif.
Contoh 3:
Ungkapkan bentuk piawai berikut kepada nombor tunggal (single number).
- 8.09 x 103
Jwb:
= 8.090 → [gerakkan titik perpuluhan 3 tempat ke kanan]
= 8090
- 6.228 x 10-4
Jwb:
= 6.228 → [gerakkan titik perpuluhan 4 tempat ke kiri]
= 0.0006228
Pengiraan nombor dalam bentuk piawai
Dua nombor dalam bentuk piawai boleh ditambah atau ditolakkan jika kedua-dua nombor mempunyai indeks yang sama.
Contoh 4:
Cari nilai yang berikut, dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.
- 5.8 x 104 - 2.7 x 104
Jwb:
Kedua-dua nombor mempunyai indeks yang sama, iaitu 4
= (5.8 - 2.7) x 10 4 ← [104 adalah faktor sepunya (common factor)]
= 3.1 x 10 4
- 3.5 x 10-3 + 5.6 x 10-3
Jwb:
Kedua-dua nombor mempunyai indeks yang sama, iaitu -3
= (3.5 + 5.6) x 10-3 ← [10-3 adalah faktor sepunya (common factor)]
= 9.1 x 10-3
Dua nombor dalam bentuk piawai yang mempunyai indeks yang berbeza hanya boleh ditambah atau ditolak jika indeks yang berbeza tersebut dijadikan sama.
Contoh 5:
Cari nilai yang berikut, dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.
- 6.6 x 106 + 5 x 105
Jwb:
6.6 x 106 + 5 x 105
Tukarkan indeks 5 kepada indeks 6 iaitu, indeks yang lebih besar.
= 6.6 x 106 + 5 x 10-1 x 106
** 5 x 10-1 = 0.5
= 6.6 x 106 + 0.5 x 106
= (6.6 + 0.5) x 106 ← [106 adalah faktor sepunya]
= 7.1 x 106
- 8.4 x 10-4 - 8 x 10-5
Jwb:
8.4 x 10-4 - 8 x 10-5
Tukarkan indeks -5 kepada indeks -4 iaitu, indeks yang lebih besar.
= 8.4 x 10-4 - 8 x 10-1 x 10-4
** 8 x 10-1 = 0.8
= 8.4 x 10-4 - 0.8 x 10-4
= (8.4 - 0.8) x 10-4 ← [10-4 adalah faktor sepunya]
= 7.6 x 10-4
Apabila dua nombor dalam bentuk piawai didarab atau dibahagi, nombor-nombor biasa akan didarab atau dibahagi diantara satu sama lain, manakala indeks mereka pula akan ditambah atau ditolak.
Contoh 6:
Cari nilai yang berikut, dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.
- 9.5 x 103 x 2.2 x 102
Jwb:
Asingkan dan susun semula nombor-nombor biasa dalam satu kumpulan, manakala nombor-nombor indeks dalam kumpulan lain.
= 9.5 x 2.2 x 103 x 102
* 10m x 10n = 10m+n
= 9.5 x 2.2 x 103+2
= 20.9 x 105
** Menulis 20.9 dalam bentuk piawai, iaitu 2.09 x 101
= 2.09 x 101 x 105
= 2.09 x 106
- (7.2 x 105) ÷ (6 x 10-2)
Jwb:
Asingkan dan susun semula nombor-nombor biasa dalam satu kumpulan, manakala nombor-nombor indeks dalam kumpulan lain.
= (7.2 ÷ 6) x 105-(-2)
= 1.2 x 107
Kira (7.2 x 60 000) ÷ (9 x 107), dan ungkapkan jawapan dalam bentuk piawai.
Jwb:
Tukarkan mana-mana nombor yang diberi kepada bentuk piawai sebagai langkah pertama.
= (7.2 x 6 x 104) ÷ (9 x 107)
Asingkan dan susun semula nombor-nombor biasa dalam satu kumpulan, manakala nombor-nombor indeks dalam kumpulan lain.
= ((7.2 x 6) ÷ 9) x {104 ÷ 107)
* 10m ÷ 10n = 10m-n
= 4.8 x 104-7
= 4.8 x 10-3
nk tnye yg cth no.5 & no.6 tu . knape nk ubah titik perpuluhan tu gerak kiri jdi negatif ? bkn negatif knan ke ? positif kiri ?
ReplyDeleteteliti semula;
Deletecontoh no 5 --> untuk dapatkan faktor sepunya, supaya pengiraan lebih mudah.
contoh no 6 --> perhatikan pada * 10^m x 10^n = 10^m+n
Bagus...tpi xdeke latihan yg ade jawapan tpi tiada jln kerja supaya murid dpt menyelesaikan masalah dengan sendir
ReplyDeleteNk tanye...nape contoh 2 tu...0.9233 bole jdi 8.383×10-1...ape yg buat dye tukar number
ReplyDeleteMaaf tersilap, yang sebenarnya ialah 9.233 × 10-1. Sudah diperbetulkan.
DeleteTerima kasih beritahu :)
Sorry bnyk tanye...saje jea nk test fhm tpic form 4
ReplyDeleteboleh x ckgu selesaikan yg ni 0.00000274-1.36 x 10-7
ReplyDeleteCikgu..bukan contoh 2 tu spatutnyaa kanan negatif kerr???
ReplyDelete