Monday, December 10, 2012

Takrifan Set


Set ialah himpunan (collection or group) sekumpulan objek dengan ciri sepunya (common characteristics) tertentu. Setiap objek tersebut dikenali sebagai unsur (elements).

Set kebiasaanya dinyatakan atau ditulis dengan menggunakan tatatanda set, { } dalam 3 cara. Contohnya, bagi satu set yang ditakrifkan sebagai ‘set nombor perdana yang kurang daripada 11’:
  1. Secara perihalan (description)
    {Nombor perdana yang kurang daripada 11}
  2. Menyenaraikan unsur (roster)
    {2, 3, 5, 7}
  3. Menggunakan pembolehubah (set-builder notation)
    {x: x ialah nombor perdana yang kurang daripada 11}
    atau
    { x: x ialah nombor perdana dan  x < 11}

Set juga boleh dilabel dengan huruf besar (capital letters), contohnya B = {2, 3, 5, 7}

Unsur yang sama (same elements) dalam sesuatu set tidak perlu diulang (need not be repeated). Contohnya, {huruf bagi perkataan KATAK} = {K, A, T}

Simbol digunakan bagi menunjukkan sesuatu objek adalah unsur bagi (element of) sesuatu set.

Simbol  bermakna ‘bukan unsur bagi’ (does not belong to).


Contohnya, B = {2, 4, 6, 8}, 5  B 


Selain daripada menulis set secara perihalan dan menggunakan tatatanda set { }, bentuk geometri seperti bulatan, segiempat tepat, segitiga dan sebagainya boleh digunakan untuk mewakili sesuatu set.

Rajah di bawah dikenali sebagai gambar rajah Venn (Venn diagram). Contohnya:


A = {2, 4, 6, 8} B = {3, 5, 7, 9}

Setiap titik di sebelah kiri (dot to the left) objek dalam gambarajah Venn mewakili satu unsur.

No comments:

Post a Comment