Sunday, December 23, 2012

Pernyataan

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<<

Pernyataan dan nilai kebenarannya

Pernyataan (statement) adalah suatu ayat yang bermaksud sama ada benar (true) atau palsu (false), tetapi bukan kedua-duanya (not both).

Ayat-ayat yang berbentuk soalan (question), arahan (instruction) dan seruan (exclamation) adalah bukan pernyataan.


Contoh 1

Tentu sama ada ayat-ayat berikut adalah suatu pernyataan atau bukan.
  • 7 + 2 = 9
    Jwb: Pernyataan. Ia adalah benar.

  • Sebuah pentagon mempunyai empat sisi.
    Jwb: Pernyataan. Ia adalah palsu.

  • Senaraikan tiga nombor pertama dibahagikan dengan 10. 
    Jwb: Bukan pernyataan. Ayat ini adalah arahan.

  • Jawab semua soalan yang diberi. 
    Jwb: Pernyataan. Ayat ini adalah arahan.

  • Tolong!
    Jwb: Bukan pernyataan. Ayat ini adalah seruan.

  • 1 adalah nombor perdana.
    Jwb: Pernyataan. Ia adalah benar.

  • a x b x c = ac
    Jwb: Pernyataan. Ia adalah palsu.


Contoh 2

Tentukan samada setiap pernyataan berikut adalah benar atau palsu.
  • Sebuah segitiga sisi sama mempunyai tiga sisi. 
    Jwb: Benar.

  • 1 < -6
    Jwb: Palsu. 1 > -6.

  • 0 > -9
    Jwb: Benar.

  • 2.1 adalah suatu integer.
    Jwb: Palsu. 2.1 ialah perpuluhan.

  • 2 + 2 < 5 
    Jwb: Benar. 4 < 5.


Pernyataan yang melibatkan nombor dan simbol matematik

Pernyataan sama ada benar atau palsu juga boleh dibina/bentuk dengan menggunakan nombor dan simbol matematik (numbers and mathematical symbols).

Contoh 3

Tulis satu pernyataan (i) benar dan satu pernyataan (ii) palsu yang melibatkan:
  • 2, 4, 8, ÷ , = 
    Jwb:
    i) 8 ÷ 4 = 2. Benar. 
    ii) 4 ÷ 2 = 8. Palsu.

  • {p, q, r, s}, {t, v}, { }, ∩, = 
    Jwb:
    i) {p, q, r, s} ∩ {t, v} = { }. Benar. 
    ii) {p, q, r, s} ∩ { } = {t, v}. Palsu.


No comments:

Post a Comment

'Follow' to get notification of blog updates

Google+ Followers