Histogram adalah pembentangan grafik bagi suatu taburan kekerapan (frequency distribution).
Histogram dengan selang kelas saiz yang sama (class interval of equal size) mewakili kekerapan setiap selang kelas dengan segi empat tepat yang mempunyai lebar (breadth) yang sama, dan ketinggian setiap segi empat (rectangle) tersebut adalah berkadaran (proportional) dengan kekerapan (frequency).
Melukis Histogram
Jadual di bawah menunjukkan masa belajar (dalam jam) 40 orang pelajar dalam seminggu.
Histogram dengan selang kelas saiz yang sama (class interval of equal size) mewakili kekerapan setiap selang kelas dengan segi empat tepat yang mempunyai lebar (breadth) yang sama, dan ketinggian setiap segi empat (rectangle) tersebut adalah berkadaran (proportional) dengan kekerapan (frequency).
Melukis Histogram
Jadual di bawah menunjukkan masa belajar (dalam jam) 40 orang pelajar dalam seminggu.
Masa (jam) | Bilangan pelajar |
10 –14 | 6 |
15 – 19 | 8 |
20 – 24 | 12 |
25 – 29 | 8 |
30 – 34 | 5 |
35 – 39 | 1 |
Lukiskan histogram untuk mewakili taburan kekerapan.
Penyelesaian:
Langkah 1:
Cari sempadan bawah (lower boundary) dan sempadan atas (upper boundary) bagi setiap selang kelas (class interval) seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Masa (jam) | Bilangan pelajar | Sempadan bawah (lower boundary) | Sepadan atas (upper boundary) |
10 – 14 | 6 | 9.5 | 14.5 |
15 – 19 | 8 | 14.5 | 19.5 |
20 – 24 | 12 | 19.5 | 24.5 |
25 – 29 | 8 | 24.5 | 29.5 |
30 – 34 | 5 | 29.5 | 34.5 |
35 – 39 | 1 | 34.5 | 39.5 |
Langkah 2:
Pilih skala yang sesuai untuk paksi melinntang/mengufuk (horizontal axis) dan paksi menegak (vertical axis) supaya data boleh mudah diplotkan pada graf dan histogram.
Paksi mengufuk/melintang mewakili selang kelas dan biasanya dilabelkan dengan sempadan kelas (class boundary).
Paksi menegak mewakili kekerapan (frequency) setiap kelas.
Langkah 3:
Lukis segi empat tepat (rectangle) untuk mewakili setiap selang kelas dengan lebarnya (its breadth) adalah sama dengan saiz setiap selang kelas, dan ketinggiannya (its height) mewakili kekerapan bagi setiap selang kelas (class interval).
Mentafsir Histogram
Maklumat berikut boleh ditafsirkan daripada histogram.
- Data kelas sepunya/biasa (common class), iaitu kelas mod (modal class)
- Jumlah bilangan data yang dikaji atau dikutip (hasil tambah kekerapan)
- Kekerapan (frequency) setiap kelas.
- Bilangan data (atau peratusan data) yang lebih atau kurang daripada nilai tertentu sempadan kelas (class boundary).
- Nilai min (mean) data terkumpul.
- Nilai mod (mode).
Contoh 1:
Histogram dalam rajah di atas menunjukkan halaju beberapa buah kereta di beberapa lokasi tertentu lebuh raya. Berdasarkan histogram, jawab soalan-soalan berikut:
- Nyatakan kelas sepunya/biasa (common class) halaju.
Jwb:
Kelas sepunya/biasa halaju diberi oleh kelas mod (modal class), iaitu 100 - 109 km/j.
- Kira jumlah kereta yang dibuat pemerhatian.
Jwb:
= Hasil tambah kekerapan (sum of frequencies)
= 20 + 40 + 60 + 50 + 5
= 175
- Kira bilangan kereta yang bergerak pada halaju 100km/j - 119km/j.
Jwb:
Bersamaan dengan hasil tambah kekerapan pada selang kelas ketiga dan keempat.
= 60 + 50
= 110
- Had laju di sepanjang lebuh raya ini ialah 120km/j. Kira peratusan (percentage) kereta yang bergerak pada dan melebihi had laju.
Jwb:
Jumlah kereta yang bergerak pada dan melebihi had laju (≥ 120km/j) adalah 5, bersamaan dengan kekerapan pada selang kelas ke-5.
Oleh itu, peratusan kereta yang bergerak pada dan melebihi had laju adalah,
= (5 / 175) x 100
= 2.86 %
- Kira min (mean) halaju kereta.
Jwb:
Sediakan satu jadual kekerapan data yang dikumpulkan dan ditafsirkan daripada histogram, seperti yang ditunjukkan di bawah.
Halaju
(km/j)Kekerapan
(f)Titik tengah
(x)Kekerapan x Titik tengah
(fx)80 – 892084.5169090 – 994094.53780100 – 10960104.56270110 – 11950114.55725120 – 1295124.5622.5Hasil tambah∑f = 175
∑fx = 18087.5
= 18087.5 / 175
= 103.36 km/j
terima kasih
ReplyDeleteTerima kasih banyak banyak
ReplyDeleteTq very much
ReplyDeleteThankk youu for the bil data tertentu👍🏻
ReplyDeleteThanks a lot
ReplyDeleteGak nanya bro
DeleteTerima kasih walaupun saya kurang faham dlam math tpi saya sentiasa berusaha!!!
ReplyDeleteExcellemt
ReplyDeleteCan i get some food
ReplyDelete