Matriks (matrix) ialah nombor-nombor yang disusun dalam baris (row) dan lajur (column) untuk membentuk satu tatasusunan segi empat tepat.
Matriks lazimnya ditulis dalam tanda kurungan.
Contoh
Bilangan pelajar dalam tiga buah kelas di Sekolah Menengah Seri Indah diberikan seperti yang berikut:
Kelas 5A: 17 pelajar lelaki, 21 pelajar perempuan
Kelas 5B: 13 pelajar lelaki, 19 pelajar perempuan
Kelas 5C: 18 pelajar lelaki, 15 pelajar perempuan
Daripada maklumat di atas, bentukkan satu matriks.
Penyelesaian:
Kelas
|
Lelaki
|
Perempuan
|
5A
|
17
|
21
|
5B
|
13
|
19
|
5C
|
18
|
15
|
No comments:
Post a Comment