Tuesday, May 5, 2015

Mengenal Pasti Persamaan Kuadratik Dalam Satu Anu

Persamaan kuadratik dalam satu anu ialah kesamaan yang melibatkan ungkapan kuadratik.

Ciri-ciri persamaan kuadratik dalam satu anu ialah:

a) Ia melibatkan ungkapan kuadratik dalam satu anu.

b) Ia mempunyai tatatanda kesamaan, ‘=’.


Contoh

Nyatakan samada setiap yang berikut ialah persamaan kuadratik dalam satu anu atau tidak. Jelaskan mengapa.


Penyelesaian:

a) 3x2 + 5x + 8 = 0 melibatkan ungkapan kuadratik dalam satu anu dan tatatanda ‘=’. Oleh itu, 3x2 + 5x + 8 = 0 adalah satu persamaan kuadratik dalam satu anu.

b) (y + 3)/2 = y melibatkan ungkapan linear. Oleh itu (y + 3)/2 = y bukan satu persamaan kuadratik dalam satu anu.

c) (4/m) – 9m = 12 melibatkan sebutan 4/m. Oleh itu, (4/m) – 9m = 12 bukan satu persamaan kuadratik dalam satu anu.

d) 13 + 18j – 10j2 melibatkan ungkapan kuadratik dalam satu anu tetapi tidak mengandungi tatatanda ‘=’. Oleh itu, 13 + 18j – 10j2 bukan satu persamaan kuadratik dalam satu anu.

e) x2 + y2 – 6xy = 15 melibatkan dua anu iaitu x dan y. Oleh itu, x2 + y2 – 6xy = 15 bukan satu persamaan kuadratik dalam satu anu.

f) 4 – q = 5q3 melibatkan kuasa tiga bagi anu p. Oleh itu, 4 – q = 5q3 bukan satu persamaan kuadratik dalam satu anu.

No comments:

Post a Comment