Tuesday, January 8, 2013

Ruang Sampel


Kesudahan yang mungkin bagi sesebuah eksperimen

Eksperimen (experiment) adalah satu proses atau tindakan dalam membuat pemerhatian untuk mendapatkan keputusan yang dikehendaki.

Hasil/kesudahan (outcomes) eksperimen adalah satu keputusan yang mungkin (kemungkinan) yang boleh diperolehi daripada eksperimen tersebut.

Contoh 1

Di dalam sebuah kotak, terdapat guli merah dan biru. Sebiji guli kemudiannya dikeluarkan secara rawak daripada kotak tersebut. Tentukan sama ada setiap kesudahan yang berikut adalah kesudahan/hasil yang mungkin.
  • Guli merah dikeluarkan. 
    Jwb: Guli merah dikeluarkan adalah kesudahan yang mungkin.

  • Guli biru dikeluarkan. 
    Jwb: Guli biru dikeluarkan adalah kesudahan yang mungkin.

  • Guli kuning dikeluarkan. 
    Jwb: Guli kuning dikeluarkan adalah kesudahan yang tidak mungkin, kerana tidak ada guli kuning dalam kotak tersebut.


Contoh 2

Tarikh lahir bagi pelajar dalam sebuah kelas direkodkan. Tentukan sama ada setiap kesudahan berikut adalah kesudahan yang mungkin.
  • 23 Jun 1997. 
    Jwb: 23 Jun 1997 adalah tarikh lahir yang mungkin.

  • 30 Februari 1997. 
    Jwb: 30 Februari 1997 adalah tarkh lahir yang tidak mungkin, kerana tarikh 30 Februari adalah tidak wujud.

  • 31 Disember 2020. 
    Jwb: 31 Disember 2020 adalah tarkh lahir yang tidak mungkin, kerana kita masih belum memasuki tahun 2020.


Penyenaraian semua kemungkinan kesudahan/hasil

Contoh 3

Satu eksperimen dijalankan dengan melambung duit syiling. Senaraikan semua kesudahan yang mungkin.

Jwb: Apabila duit syiling dilambung, kesudahan yang mungkin adalah 'kepala'(permukaan syiling yang bergambar) dan 'ekor' (permukaan syiling yang bernombor).



Menentukan ruang sampel

Ruang sampel (sample space) adalah set semua kesudahan yang mungkin bagi satu eksperimen.

Contoh 4

Satu huruf dipilih daripada perkataan 'HITUNG'
  • Senaraikan semua kesudahan yang mungkin. 
    Jwb: Kesudahan yang mungkin adalah H, I, T, U, N dan G.

  • Tulis ruang sampel, S, menggunakan tanda set. 
    Jwb: S = {H, I, T, U, N, G}. Ruang sampel biasanya ditandakan dengan huruf 'S'.


Contoh 5

Warna pelangi adalah disenaraikan. Tulis ruang sampel, S, menggunakan tanda set.

Jwb: Ruang sampel, S = {merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, ungu}.

2 comments:

  1. Kalau dia mntk ruang smpel.. kita kna gabung ke mcm mna? Atau tulis satu² dalam tatatanda set

    ReplyDelete