Wednesday, July 24, 2013

Melukis Graf Fungsi


Langkah-langkah untuk melukis graf fungsi adalah seperti berikut.
  1. Bina jadual nilai-nilai (table of values) bagi fungsi yang diberikan.
  2. Pilih skala yang sesuai (suitable scale) untuk paksi-x dan paksi-y, sekiranya ia tidak diberikan.
  3. Plotkan titik-titik.
  4. Lengkapkan graf dengan menyambungkan (joining) titik-titik yang telah diplotkan.
  5. Labelkan graf.

Contoh

Lukiskan graf bagi fungsi y = x2 – 2x + 3 untuk 3 ≤ x ≤ 4. Gunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-x dan 1 cm kepada 1 unit pada paksi-y.

Jwb:

Langkah 1: Bina jadual nilai-nilai.

x
−3
−2
−1
0
1
2
3
4
y
18
11
6
3
2
3
6
11

Langkah 2: Skala yang diberi ialah 2 cm kepada 1 unit (paksi-x) dan 1 cm kepada 1 unit (paksi-y).

Langkah 3: Plotkan titik-titik.

Langkah 4: Lukiskan graf.

Langkah 5: Labelkan graf.

Graf yang diperolehi dengan menggunakan langkah-langkah di atas adalah seperti berikut.


9 comments: