Langkah-langkah untuk melukis graf fungsi adalah seperti berikut.
- Bina jadual nilai-nilai (table of values) bagi fungsi yang diberikan.
- Pilih skala yang sesuai (suitable scale) untuk paksi-x dan paksi-y, sekiranya ia tidak diberikan.
- Plotkan titik-titik.
- Lengkapkan graf dengan menyambungkan (joining) titik-titik yang telah diplotkan.
- Labelkan graf.
Contoh
Lukiskan graf bagi fungsi y = x2 – 2x + 3 untuk –3 ≤ x ≤ 4. Gunakan skala 2 cm kepada 1 unit pada paksi-x dan 1 cm kepada 1 unit pada paksi-y.
Jwb:
Langkah 1: Bina jadual nilai-nilai.
x
|
−3
|
−2
|
−1
|
0
|
1
|
2
|
3
|
4
|
y
|
18
|
11
|
6
|
3
|
2
|
3
|
6
|
11
|
Langkah 2: Skala yang diberi ialah 2 cm kepada 1 unit (paksi-x) dan 1 cm kepada 1 unit (paksi-y).
Langkah 3: Plotkan titik-titik.
Langkah 4: Lukiskan graf.
Langkah 5: Labelkan graf.
Graf yang diperolehi dengan menggunakan langkah-langkah di atas adalah seperti berikut.