Wednesday, February 13, 2013

Nombor dalam Asas Dua, Asas Lapan dan Asas Lima


Nombor yang kita gunakan dalam rutin kehidupan seharian adalah dalam asas 10 (base ten).

Nilai tempat suatu nombor dalam asas 10 adalah seperti berikut;

Nilai tempat (place value)
= 1000
= 100
= 10
= 1
103
102
101
100

Contoh nombor dalam asas 10

9
7
0
3

Nilai tempat digit 9 angka dalam nombor 9703 ialah 1000.

Nilai tempat (place value) bagi mana-mana digit dalam suatu nombor adalah suatu nilai yang tetap dan tidak berubah oleh nilai digit tersebut.

Tiada nilai tempat yang bersamaan dengan sifar (zero).

Nilai tempat terkecil bagi semua asas nombor adalah satu, contohnya, nilai tempat bagi digit 3 dalam nombor 9703 adalah 1.

Terdapat 10 digit yang boleh ditulis dalam mana-mana ruang nilai tempat bagi suatu nombor dalam asas 10. Digit-digit tersebut adalah 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9.

Nilai digit (digit value) adalah BERBEZA dengan nilai tempat sesuuatu digit (place value of a digit). Sebagai contoh, di dalam nombor 9703;

Nilai digit 7 adalah 7 x 100 = 700, dimana,
  • 7 ialah digit
  • 100 ialah nilai tempat bagi digit 7
  • 700 ialah nilai bagi digit 7

Nilai bagi digit 0 ialah 0 x 10 = 0, dimana,
  • 0 ialah digit
  • 10 ialah nilai tempat bagi 0
  • 0 ialah nilai bagi digit 0
Begitu juga dengan nombor dalam asas 2, 8 dan 5 yang mempunyai nilai tempat masing-masing yang tertentu, seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut.

Asas 2 (Base Two)
Nilai tempat (place value)
= 4
= 2
= 1
22
21
20


Asas 8 (Base Eight)
Nilai tempat (place value)
= 64
= 8
= 1
82
81
80


Asas 5 (Base Five)
Nilai tempat (place value)
= 25
= 5
= 1
52
51
50

  • Hanya terdapat 2 digit sahaja dalam nombor asas 2, iaitu, 0 dan 1.
  • Hanya terdapat 8 digit sahaja dalam nombor asas 8, iaitu, 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7.
  • Hanya terdapat 5 digit sahaja dalam nombor asas 5, iaitu, 0, 1, 2, 3, 4 dan 5.